Thursday, July 30, 2009

Aktiviti KMM di MPAJ

Aktiviti Kelab Mini Malaysia.

Pada 19 Julai 2009 Kelab Mini Malaysia & RUFINOS Enterprise diberi kerpercayaan oleh Majlis Ampang Jaya untuk mengatur dan menganjurkan Karnival Mini Klasik sempena Ulangtahun ke 17 MPAJ di Padang MPAJ Pandan Indah.

Dengan keyakinan dan pengalaman yang kami ada, Karnival Mini Klasik berjaya di laksanakan dengan sempurna, terdapat sebanyak 120buah kereta mini menyertai karnival ini yang mana mereka terdiri dari negeri KL, Selangor, Melaka, N.Sembilan, Pahang & Perak.

Kerjasama dan kesanggupan dari semua pemilik & peminat mini semasa karnival ini amat menajkubkan di mana mereka sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk turut serta menjayakan program ini walaupun datang dari jauh. Pengunjung yang membanjiri karnival ini sungguh luar jangkaan, ini kerana tarikan kereta mini mendorong mereka berkunjung ke tapak karnival, maka itu sekali lagi pihak Majlis memberi kepercayaan kepada kami untuk mengnjurkan pada masa-masa akan datang.



Dikesempatan ini pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPAJ kerana memberi kepercayaan kepada kami dan memberi sumbang berupa piala, hamper, tapak karnival dan kemudahan-kemudahan lain dalam karnival ini. Tidak lupa juga sumbangan dari syarikat pembekal peralatan kereta mini "Sin Tong Bee" yang mana beliau telah memberi sumbagan berupa hamper bagi memeriahkan lagi karnival mini ini.



Tidak ketinggalan juga mereka yang menyumbang tenaga semasa karnival ini , antara yang dimaksukan ialah juri pertandingan kereta mini semasa karnival tersebut ialah:-

Juri Kategori Klasik Original
1) En. Charlie Nge 2) En. Zulkifli (Joe Teluk Intan)

Juri Kategori Klasik Moden
1) En. Hj Manap Ahmad 2) En. Hj Jaafar Samson

Juri Kategori Ubahsuai
1) En. Mohd Zaaim (Arab) 2) En. Saaim



Urusetia Karnival Mini
Dari kiri Joseph, Uthama, Dr.Khazin, Alvin,
Ru, Pn.Zaidah, Suhaimi dan Henry





Barisan Juri Pertandingan
Dari kiri En. Hj Jaafar, En.Saim, En.Charlie Nge, En. Zulkilfi(Joe)
En. Hj Manap, Dr.Khazin(Ketua Juri) dan En. Mohd Zaaim







Sebahagian Peserta Bergambar beramai-ramai



Tetamu VIP yang hadir dari kiri YDP MPAJ(baju coklat)
dan Exco Kerajaan N.Selangor(baju biru)





Liputan Media dari BERNAMA


SUASANA & KEHANGATAN KARNIVAL MINI KLASIK


















Mini ,walaupun kecil ia tetap selesa







Sebahagian pemenenang pertandingan kereta mini







"Mini Kecil DiMata PUAS di Hati"